28 February 2013
KUIH LAPIS PELANGI
BAHAN - BAHAN
300gram tepung gandum
250gram gula
100gram tepung ubi
( bancuh bahan diatas)
300gram santan
perasa vanila
pewarna merah, hijau, kuning
( bancuh bahan diatas )
CARA MEMBUATNYA
1. Bahan-bahan yang dibancuh dibahagikan kepada 3 bahagian dengan warna yang berbeza.
2. Kukus mengikut warna berselang seli.
3. Hidangkan bersama kopi/teh/milo untuk minum pagi atau minum petang.
Nota: Untuk pewarna adalah terpulang kepada anda. Mengikut kesukaan anda.
SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA
24 February 2013
CRYSPY SQUID ( SOTONG GORENG )
BAHAN - BAHAN
100gram sotong ( dibersihkan dan ditoskan )
2 sudu tepung gandum
4 sudu tepung beras
1 sudu tepung jagung
2 sudu serbuk kari
sedikit serbuk perasa
sedikit soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
1. Bancuh kesemua bahan bersama air. Pastikan cukup kepekatannya.
2. Masukkan sotong dan gaul sebati.
3. Panaskan minyak dan gorengkan sotong sehingga garing
Mudah Kan!!..
Tips: Sotong boleh digantikan dengan udang
SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA
23 February 2013
ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG
BAHAN - BAHAN
2 inci halia
4 ulas bawang putih ( dikisar )
1 biji bawang besar ( dikisar )
9 tangkai cili kering ( dikisar )
50gram daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2/3 potong sembilang
2 sudu minyak
sedikit perahan air asam jawa
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan 250ml air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan
4. Masukkan ikan dan masak sehingga lembut.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidangkan bersama nasi serta sambal belacan
SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA
21 February 2013
ASPARAGUS GARLIC SAUCE
BAHAN - BAHAN
100gram asparagus ( dipotong )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
CARA MENBUATNYA
1. Rebus asparagus seketika. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih, masukkan asparagus dan garam.
3. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA & MENJAMU SELERA
20 February 2013
PENGAT LABU
BAHAN - BAHAN
- 1 Biji labu
- 4 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1 ketul gula melaka
- 1 helai daun pandan
- sedikit garam
CARA MEMBUATNYA
- labu dibuang kulit dan dipotong dadu
- rebus hingga empuk. toskan
- didihkan santan, gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan dalam periuk
- kemudian masukkan labu dan masak lagi hingga mendidih
Selamat Mencuba & Menjamu Selera
18 February 2013
Pengat Pulut Dan Cempedak
Bahan - Bahan
200gm Beras Pulut
4 Cawan Santan
1 Helai Daun Pandan
Sedikit Garam
Beberapa Ulas Buah Cempedak
Cara Membuatnya
- Beras pulut dicuci bersih. Kukus pulut hingga masak.
- Didihkan santan, garam dan daun pandan. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
- Masukkan buah cempedak dan masak lagi selama 2 minit.
- Apabila menghidang, senduk pulut ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah santan tadi.
Selamat Mencuba Dan Menjamu Selera
17 February 2013
!-- nuffnang -->
Winner 1st Asia's Next Top Model 2012
!-- nuffnang -->
16 February 2013
!-- nuffnang -->
RESIPI BUNGA LABU GORENG
BUNGA LABU GORENG
BAHAN-BAHAN
1. Bunga Labu ( 5 kuntum atau lebih - ikut suka )
2. 2 / 3 Biji Telur
3. Tepung Gandum
4. Minyak Masak
CARA-CARANYA
Pecahkan 2/3 biji telur kedalam mangkuk dan dipukul. Ambil bunga labu dan celupkan kedalam telur yang telah dipukul tadi. Setelah dicelup dengan telur, sapukan atau disalut dengan tepung.
Panaskan kuali anda. Kemudian masukkan minyak. Tunggu sehingga minyak panas. Masukkan bunga labu tadi yang telah dicelup dengan telur dan tepung kedalam kuali untuk digoreng. Kecilkan api. Jika warna bunga labu tadi berwarna kuning, maka masaklah bunga labu tadi.
Hidangkan semasa panas.
Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera.
BAHAN-BAHAN
1. Bunga Labu ( 5 kuntum atau lebih - ikut suka )
2. 2 / 3 Biji Telur
3. Tepung Gandum
4. Minyak Masak
CARA-CARANYA
Pecahkan 2/3 biji telur kedalam mangkuk dan dipukul. Ambil bunga labu dan celupkan kedalam telur yang telah dipukul tadi. Setelah dicelup dengan telur, sapukan atau disalut dengan tepung.
Panaskan kuali anda. Kemudian masukkan minyak. Tunggu sehingga minyak panas. Masukkan bunga labu tadi yang telah dicelup dengan telur dan tepung kedalam kuali untuk digoreng. Kecilkan api. Jika warna bunga labu tadi berwarna kuning, maka masaklah bunga labu tadi.
Hidangkan semasa panas.
Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera.
14 February 2013
Ingin Belajar Bahasa Iban ?
Silalah Klik Di " Belajar Bahasa Iban "
!-- nuffnang -->
12 February 2013
!-- nuffnang -->
Gila Bola
Kepada Yang Gila Bola, Anda Boleh Klik Ikon " Gila Bola " Untuk Mengetahui Perkembangan Dunia Bola.
10 February 2013
Queen Of Night - Seri Pacific Corporation Staff Party On 31 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)