Jadi, hari ini saya inging berkongsi dengan korang cara membuat mashed potato yang sedap. Pasti korang
tertanya-tanya macam mana buat mashed potato yang sedap kan....
Bahan -Bahannya
4 Biji Potato
1/2 Sudu Butter
2 Sudu Tepung Jagung
1 Biji Bawang Besar ( Ditumbuk Halus )
2/3 Biji Bawang Putih ( Ditumbuk Halus )
1 Kotak Susu Segar ( Susu Kotak Dutch Lady )
Sedikit Serbuk Lada Sulah / Lada Hitam
Cara Membuatnya
1. Masukkan 4 Biji Potato Yang Telah Dibuang Kulit
Kedalam Air Yang Sedang Mendidih.
2. Masukkan Sedikit Garam Untuk Melembutkan Potato
3. Setelah Potato Masak, Buangkan Air Dan Toskan
4. Masukkan Potato Dalam Mangkuk Dan Lenyekkan Potato
Dengan Garfu.
5. Masukkan Sedikit Butter Dan Lenyekkan Sehingga Sebati.
6. Masukkan Susu Segar ( Susu Dutch Lady ) Kedalam
Potato Yang Dilenyek Tadi Dan Gaul.
7. Masukkan Sedikit Serbuk Lada Sulah / Lada Hitam Dan
Lenyekkan Semula Hingga Sebati.
8. Setelah Selesai, Simpankan Potato Yang Dilenyek Tadi.
Cara Membuat Sos Mashed Potato
1. Panaskan Kuali Dan Masukkan 2 Sudu Butter
2. Masukkan Sedikit Bawang Putih Dan Bawang Besar Yang
Telah Ditumbuk Halus.
3. Tumiskan Sehingga Naik Bau.
4. Masukkan Tepung Jagung Yang Dicampur Dengan Air
Tadi Kedalam Kuali.
5. Kacau Perlahan - Lahan.
6. Masukkan Sedikit Lada Sulah / Lada Hitam. Gaulkan.
7. Sos Mashed Potato Siap.
Lihat Gambar Dibawah Hasilnya
" MASHED POTATO ALA JIWAKU"
" MASHED POTATO ALA JIWAKU"
SELAMAT MENCUBA DAN JUMPA LAGI
No comments:
Post a Comment